{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Kosmo Online - Dunia

Posted by Admin

Kosmo Online - Dunia


Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir

Posted:

Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir

Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir

SEJUMLAH penyokong Al-Sisi berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir kelmarin.


KAHERAH - Bekas Panglima Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi (gambar kecil) memenangi pilihan raya Presiden negara itu dengan meraih 96.9 peratus undi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya kelmarin.

Pilihan raya itu berlangsung pada minggu lalu iaitu hampir setahun selepas beliau mengetuai rampasan kuasa ke atas Mohamed Morsi.

Proses pengundian telah dilanjutkan tiga hari ekoran terdapat kebimbangan jumlah yang keluar mengundi dijangka rendah selain terdapat tindakan memboikot oleh kumpulan- kumpulan Islam.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Anwar Ra- shad al-Asi semasa meng- umumkan keputusan itu berkata, sebanyak 47.45 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Presiden baharu.

Anwar menyatakan, Al- Sisi memperoleh undi sebanyak 23.78 juta undi.

Dalam pada itu, pencabar tunggal Al-Sisi, Hamdeen Sabbahi hanya mendapat tiga peratus undi.

Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Al-Sisi.

Namun pada masa sama, Obama menggesa beliau (Al-Sisi) supaya melaksanakan pembaharuan dalam isu- isu hak kemanusiaan.

"Obama akan menghubungi bekas ketua tentera itu dalam beberapa hari lagi," menurut White House dalam satu kenyataan.

"Washington menaruh harapan untuk menjalin hubungan baik dengan Al-Sisi bagi membentuk kerjasama strategik," tambah kenyataan itu.

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang menentang Morsi dalam reaksinya selepas keputusan itu meminta para penderma supaya membantu Mesir.

Mesir dalam pada itu menjemput Presiden Iran, Hassan Rouhani untuk hadir menghadiri majlis perasmian pelantikan Al-Sisi. - Agensi

Cadangan pencen dikaji di UK

Posted:

Cadangan pencen dikaji di UK

Cadangan pencen dikaji di UK


RATU ELIZABETH (kiri) dan suami baginda, Putera Philip meninggalkan Dewan Pertuanan di bangunan Parlimen, London semalam. - AFP


LONDON – Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan cadangan untuk melaksanakan semula skim pencen kolektif dan menyokong pelan kontroversi penggalian gas.

Pengumuman itu dibuat semasa pemerintah UK, Ratu Elizabeth II membuat ucapan bagi merasmikan sesi terakhir sidang Parlimen sebelum pilihan raya berlangsung pada tahun 2015.

Ucapan ratu itu merupakan kelompok terakhir undang-undang yang diusulkan oleh kerajaan campuran Parti Konservatif-Demokrat yang diketuai Perdana Menteri, David Cameron menjelang pilihan raya pada Mei tahun depan.

Namun, usul tersebut cuma melibatkan 11 rang undang-undang baharu iaitu yang kedua paling rendah dalam tempoh dua dekad.

Ratu Elizabeth, 88, yang memakai Mahkota Diraja dan jubah memanggil kedua-dua dewan Parlimen untuk menghadap.

"Anggota-anggota Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat, kerajaan beta menerusi program legislatif akan meneruskan pelan jangka panjangnya untuk mengukuhkan ekonomi dan membina masyarakat yang lebih saksama," katanya.

Pembaharuan pencen tersebut membolehkan semua pekerja termasuk swasta dan persendirian menyertai skim pencen di UK.

Satu lagi usul yang diketengahkan dalam ucapan tersebut merupakan rang undang-undang menyokong proses penggalian dan pemecahan batu secara hidraulik bagi meneroka simpanan gas asli di negara itu.

Sebelum ini, kaedah tersebut mendapat bantahan kerana didapati merosakkan alam semula jadi.

Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Cameron juga membentangkan rang undang-undang bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan jika seseorang wakil rakyat dipenjara atau didapati bersalah melakukan kesalahan serius oleh Dewan Rakyat.

Caj sebanyak 5 pence (RM0.25) untuk beg plastik akan diperkenalkan di England dalam usaha untuk mengurangkan bahan buangan. – AFP

'Bapa Ekstasi' meninggal dunia

Posted:

'Bapa Ekstasi' meninggal dunia

'Bapa Ekstasi' meninggal dunia


SHULGIN


LOS ANGELES - Ahli kimia Amerika Syarikat (AS), Alexander Shulgin yang juga digelar sebagai 'Bapa Ekstasi' meninggal dunia ketika berusia 88 tahun, kata keluarganya.

Dia diberi gelaran 'Bapa Ekstasi' kerana kebolehannya menukarkan sejenis bahan kimia menjadi dadah ekstasi yang kerap digunakan dalam parti-parti liar.

"Shulgin menghembuskan nafas terakhir pada Isnin lalu. Dia dikelilingi oleh keluarga dan penjaga- nya bersama alunan muzik Bud- dha," kata balunya, Ann.

"Dia pergi dengan aman dan hampir tanpa sebarang pergelutan," tambah wanita itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook kelmarin.

Lelaki tersebut yang tinggal di California dan mendalami ilmu kimia di Universiti Harvard serta Berkeley sebelum ini menghidap kanser hati.

Shulgin mula meminati bahan kimia psikoaktif dalam tahun 1960- an.

Dia menguji beratus-ratus bahan itu termasuk ubat antikemurungan, ubat perangsang syahwat dan bebe- rapa dadah perangsang lain dengan menggunakan diri sendiri dan rakan-rakannya sebagai bahan uji kaji.

Pada tahun 1970-an, Shulqin mula menguji bahan kimia amfetamina MDMA yang kemudian bertukar menjadi dadah ekstasi yang sering digunakan di kelab-kelab malam.

Ia membolehkan para pengunjung parti atau pengunjung kelab malam menari selama berjam-jam tanpa henti.

Namun, terdapat banyak kes kematian mengejut yang dikaitkan dengan dadah ekstasi, sekali gus mencetuskan persoalan, terutamanya mengenai ketulenan dadah tersebut.

Dadah perangsang itu telah pun dihasilkan pada penghujung kurun ke-19 dan dipatenkan pada tahun 1912 oleh firma farmaseutikal Merck sebelum ia diabaikan.

Shulgin kemudian mencipta cara baharu untuk menghasilkan ekstasi apabila dia bekerjasama dengan seorang ahli psikologi, Leo Zeff.

Zeff sendiri mengambil dadah itu dan mencadangkannya kepada beberapa rakan sekerjanya supaya menggunakan ekstasi untuk merawat pesakit mereka. - AFP

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Admin

Harian Metro: Mutakhir


Galakkan penggunaan pengangkutan awam

Posted: 05 Jun 2014 06:29 AM PDT

Latihan udara TUDM, USAF 6-20 Jun

Posted: 05 Jun 2014 06:15 AM PDT

Utusan Online - Selatan

Posted by Admin

Utusan Online - Selatan


Dua pelan atasi masalah air

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

OlehMOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Jun - Sebanyak RM80 juta bakal dibelanjakan dalam melaksanakan dua pelan kontingensi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air bagi daerah Tampin dan Rembau.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, inisiatif itu bertujuan bagi mengelakkan kebergantungan pengambilan bekalan air mentah daripada Empangan Gemencheh yang kini menjadi sumber utama bagi kegunaan pengguna di dua daerah berkenaan.

Pelan pertama kita adalah untuk membina paip bagi menyalurkan air sungai Jelai untuk dipamkan ke empangan tersebut.

Projek ini meliputi pembinaan paip sejauh 7.5 kilometer yang bakal menelan kos sebanyak RM50 juta dan melalui usaha ini kita berupaya memperoleh hampir 0.17 juta liter air sehari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mohamad berkata, bagi pelan kedua, kerajaan negeri bercadang untuk membina Loji Gemencheh yang bakal menelan belanja hampir RM30 juta.

Namun ini adalah pelan jangka masa panjang dan pembinaan loji ini akan mengambil masa selama dua setengah tahun," kata beliau.

Menurutnya, kedua-dua pelan itu akan mengatasi masalah bekalan serta paras air yang berkurangan di empangan Gemencheh berikutan beberapa faktor.

Walaupun kini sudah mula musim hujan namun paras air di empangan ini masih berada di tahap minimum.

Ini disebabkan oleh faktor kawasan tadahan yang tidak besar selain empangan itu dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Ini secara tidak langsung menyebabkan air di dua anak sungai berhampiran turut menjadi kering kerana air telah diserap oleh tanaman di estet berdekatan," katanya.

MB jadi mentor DPMM Negeri Sembilan

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Abdul Rahman Yaakub (depan, dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohamad Hasan selepas mengadakan pertemuan sewaktu majlis minum petang ahli jawatankuasa DPMM NS bersama Menteri Besar di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 4 Jun - Pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai mentor kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Negeri Sembilan (DPMM NS) dijangka mampu melonjakkan fungsi dan peranan badan itu sebagai payung kepada para usahawan di negeri ini.

Yang Dipertua DPMM NS, Abdul Rahman Yaakub berkata, pengalaman luas Mohamad dalam dunia perniagaan sebelum dilantik sebagai Menteri Besar pada 2004 adalah faktor utama mendorong dewan itu memohon supaya beliau menjadi mentor kepada pertubuhan itu.

Beliau berkata, dewan itu percaya ilmu pengetahuan dan pengalaman Mohamad boleh dikongsi bersama ahli-ahli DPMM NS khususnya dan para usahawan di negeri ini amnya dalam menempuh selok-belok dan cabaran dunia keusahawanan yang semakin getir.

Barisan jawatankuasa dewan ini yang baru dipilih telah menyatakan hasrat kepada Datuk Seri Mohamad supaya beliau menjadi mentor kepada DPMM NS pada majlis minum petang beliau bersama kami di sini baru-baru ini.

Kami gembira kerana beliau telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis ramah mesra itu adalah yang pertama antara Menteri Besar dengan ahli jawatankuasa dewan itu yang dipilih pada mesyuarat agung pertubuhan itu pada Mac lalu.

Menurut Abdul Rahman, Mohamad mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam dunia korporat dan perbankan bermula sebagai pelatih Bank Negara Malaysia pada 1979 dan sejak itu berkhidmat di beberapa buah bank antaranya Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad, Arab Malaysian Merchant Bank dan Pengurus Besar Bank Bumiputera di London.

Tambahnya, Mohamad kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Berhad pada 1992 hingga 1994 dan Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad pada 1994 hingga Mac 2004 sebelum dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2004.

Sejajar dengan pelantikan ini, kami akan mengatur beberapa siri program dengan Mohamad bagi membolehkan beliau bertemu dengan lebih dekat dengan para usahawan di negeri ini," katanya.

Cemerlang akademik, sahsiah diri wajar ada dalam bina insan

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Yusmawati Kamaludin (kiri) menerima replika cek daripada Awaludin Said pada majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia di STIAS Rembau sambil diperhatikan oleh Ipun Shamsudin di Rembau, kelmarin.

REMBAU 4 Jun - Melahirkan insan berketerampilan tidak hanya tertumpu dalam satu bidang tertentu sahaja, sebaliknya hendaklah meliputi aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Awaludin Said berkata, dua elemen itu hendaklah terpakai dengan serentak dalam melahirkan modal insan berkualiti, selain meningkatkan ilmu melalui rujukan yang diberikan pakar dalam bidang berkaitan.

Dalam kita mengejar kecemerlangan akademik, jangan pula kita terlupa dalam soal memberi nilai tinggi terhadap perkembangan sahsiah, harga diri dan kepimpinan seseorang anak atau pelajar," katanya sewaktu menyerahkan bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Rembau dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran negeri, Ipun Shamsudin; Penolong Pegawai Pendidikan daerah Rembau, Mohd. Fariz Othman dan Pengetua STIAS Rembau, Datin Yusmawati Kamaludin.

Kata Awaludin, adalah diharap STIAS Rembau ini menjadi contoh gabungan elemen berkenaan kepada sekolah lain agar sama-sama membina masyarakat yang kaya dengan nilai murni serta pintar dalam ilmu dan akademik.

Saya berharap agar STIAS Rembau dapat menjadi sekolah contoh kepada yang lain kerana kurikulum dijalankan di sini merangkumi segenap aspek yang mampu melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota.

Mengenai bantuan yang diberikan kerajaan, beliau mahu supaya pelajar memanfaatkan wang yang diterima untuk keperluan penting.

Gunakanlah untuk membeli kelengkapan pelajaran dan saya percaya, ini dapat meringankan beban ibu bapa," ujarnya.

Pada masa sama, Awaludin memuji STIAS Rembau yang berada dalam rangkaian Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG) kerana menganjurkan banyak aktiviti ilmiah terutamanya dalam musim cuti persekolahan.

Sudah sampai masanya ibu bapa memberikan nilai tambah dalam diri anak masing-masing pada waktu cuti ini dengan membenarkan mereka menyertai program membina jati diri, kelas pengajian dan sebagainya untuk pemantapan keyakinan diri.

Percutian akan menjadi lebih bermakna apabila diisi dengan program berfaedah dan usaha ini harus dilakukan secara berterusan oleh pengurusan SEG dan STIAS Rembau pada masa hadapan," ujarnya.

Di bawah BKAP1M 2014 ini, Awaludin menyerahkan bantuan kerajaan sebanyak RM54,000 kepada Yusmawati untuk diagihkan kepada pelajar di sekolah ini.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted by Admin

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerajaan sedia e-Baucar GST

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pas minta DAP 'cermin diri'

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

YTL jangan bersikap angkuh

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Harian Metro: Global

Posted by Admin

Harian Metro: Global


Suami isteri pontianak

Posted: 04 Jun 2014 11:32 AM PDT

Sembunyi dalam timbunan baja

Posted: 04 Jun 2014 10:40 AM PDT

Berita Harian: Sukan

Posted by Admin

Berita Harian: Sukan


'Dua tiket seorang'

Posted: 04 Jun 2014 05:29 PM PDT

Kuala Lumpur: Setiap pemain dalam skuad lelaki negara akan menerima durian runtuh sebanyak RM33,000 seorang susulan kejayaan menjadi naib juara Piala Thomas di New Delhi, India, bulan lalu.

Skuad Piala Thomas negara dapat durian runtuh

Posted: 04 Jun 2014 05:25 PM PDT

Kuantan: Setiap penyokong Tok Gajah hanya dihadkan membeli dua keping tiket, berbanding empat sebelum ini untuk menyaksikan final Piala FA antara Pahang dan FELDA United FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Admin

Harian Metro: BeritaUtama


Buang bayi dalam gaung

Posted: 04 Jun 2014 03:07 AM PDT

Berita Harian: Ratu

Posted by Admin

Berita Harian: Ratu


Keluarga besar Aina Emir

Posted: 04 Jun 2014 04:04 PM PDT

Suatu ketika dulu, ramai beranggapan pusat kecantikan dan spa hanya untuk golongan yang berkemampuan memandangkan harga yang dikenakan untuk setiap rawatan memakan hampir ratusan ringgit.

Hilangkan tekanan, jaga kecantikan

Posted: 04 Jun 2014 03:37 PM PDT

Pada usia enam tahun beliau mengalami kesukaran membaca bukan kerana malas atau kurang berminat pada buku, cuma tidak dapat melakukan perkara mudah itu tanpa mengetahui sebabnya.

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Admin

Felda pasoh - Google Blog Search


<b>Felda pasoh</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 22 May 2014 12:00 AM PDT

Jalaluddin Alias (tiga dari kanan) ketika melawat Tapak Projek Perumahan Generasi Kedua Felda bersama jurutera serta arkitek di Felda Pasoh Satu, dekat Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.

JELEBU 14 Feb. - Sebuah perumahan baharu bagi Generasi Kedua Felda sedang dalam pembinaan di sini bagi memenuhi keperluan penduduk di Felda Pasoh Satu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias berkata, projek ini merupakan penempatan untuk generasi berkenaan yang pertama dibina dalam kawasan Jelebu.

"Di Felda ini sebanyak 144 unit rumah akan dibina dan ketika ini sudah di peringkat 30 peratus pembinaan. Sekiranya mengikut jadual, rumah ini perlu diserahkan kepada generasi berkenaan pada pertengahan tahun ini," katanya selepas melawat Tapak Projek Perumahan Generasi Kedua di Felda Pasoh Satu dekat sini hari ini.

Kata Jalaluddin, projek ini memberi impak dalam teras kesejahteraan rakyat, apatah lagi untuk dimiliki oleh generasi kedua Felda.

"Biarpun ada beberapa masalah teknikal, kita berharap pihak dan agensi berkaitan dapat segera menyelesaikannya, sekali gus memastikan ia dapat disiapkan segera," katanya.

Pada masa yang sama, kemudahan asas dan infrastruktur seperti jalan, longkang, tempat pembuangan sampah akan diuruskan dengan baik, selain kawasan lapang yang akan dijadikan tempat riadah dan permainan kanak-kanak.

"Urusan pemilikan mahupun tawaran rumah ini diserahkan sepenuhnya kepada Felda kerana ini adalah projek mereka. Apa yang kita harapkan adalah penerimanya kelak adalah yang layak," tegasnya.

Tambahnya, sewaktu pelancaran projek ini kira-kira enam bulan lalu, Felda telah memberikan komitmen dan menegaskan rumah tersebut akan dijual pada harga serendah RM70,000 seunit.

<b>Felda pasoh</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 08 Feb 2014 12:00 AM PST


<b>Felda pasoh</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 08 Feb 2014 12:00 AM PST


"SUKA SUKA ": Koleksi Bunga Puding di <b>Felda Pasoh</b>

Posted: 08 Feb 2014 05:25 PM PST

Jangan tak tau daun puding boleh berbunga

... akak pun terpegun melihat koleksi penduduk Felda Pasoh ni.. ke sana kerana menghadiri perkahwinan dua pupu En Boss.. ditengahari buta ditepi jalan yg sibuk selamba je akak terbongkok-bongkok snap bunga pokok ni... dah la daun nya ceria warna warni.. ditambah pula dengan juntaian bunga yg comel2 ni... dulu-dulu tanam ni tak pernah berbunga pun....

Utusan Online - Sukan

Posted by Admin

Utusan Online - Sukan


Penganjuran Sukma Perlis berjaya - Khairy

Posted: 03 Jun 2014 08:11 PM PDT

KANGAR 4 Jun - Penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perlis yang akan menutup tirainya hari ini adalah berjaya, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Sukma Perlis secara keseluruhan saya boleh rumuskan sebagai telah berjaya walaupun ada beberapa masalah yang timbul seperti bumbung kanvas pusat akuatik yang jatuh, kebocoran bumbung di gelanggang badminton dan kes keracunan makanan yang melibatkan lima orang atlet.

"Secara keseluruhan Sukma kali ni berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita semalam.

Menurut beliau, masalah yang timbul tidak menjejaskan kelancaran penganjuran tanpa ada masalah dari aspek teknikal. - BERNAMA

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Admin

felda gedangsa - Google Blog Search


<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 30 Mar 2014 12:00 AM PDT

Felda Gedangsa, Wilayah Trolak Muncul Juara Perlumbaan Cub Prix

20140330_113906

SUBANG – Belia dari Felda Gedangsa yang mewakili Wilayah Trolak muncul juara dalam Pencarian Pelumba Motor Cub Prix Generasi Baru Felda di Litar Speedway Elite, USJ Subang, semalam.

Muhammad Afiq Mohd Zailani, 18 tampil juara selepas mengalahkan 16 orang peserta dari Felda lain yang turut menyertai pertandingan sukan itu.

Afiq yang ditemu bual selepas acara tersebut tamat, melahirkan rasa syukur kerana merangkul gelaran juara selepas bertungkus lumus beraksi di atas litar.

20140330_114753_1

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menjuarai pertandingan ini. Bersyukur sangat kerana mengharumkan nama Felda Gedangsa," kata Afiq yang termengah-mengah ketika sesi temu bual.

Selain itu, Afiq juga berasa bersyukur kerana berkat doa dari ibu bapa dan keluarganya, hasratnya untuk mejadi juara dalam acara lasak itu menjadi nyata.

"Saya tak lupakan keluarga, yang sentiasa yang mendoakan kejayaan saya dan menyokong minat saya ini," katanya.

Naib juara dimenangi oleh Azimizat bin Sumairiy, 18 yang berasal dari Felda Besout 5.

20140330_114901_1

Manakala peserta Muhammad Fareez Afeez Abdul Rahman, 18 merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Cub Prix yang mewakili Felda Wilayah Bukit Besar.

20140330_115100_1

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada March 31, 2014 - 10:02 am oleh Nor Azlina Shaari

Berita Harian: Nasional

Posted by Admin

Berita Harian: Nasional


Tragedi MH370: Kawasan pencarian diperluas

Posted: 04 Jun 2014 05:11 PM PDT

Putrajaya: Seramai 260,000 pekebun kecil getah di seluruh negara akan menerima bantuan khas RM500 mulai pertengahan bulan ini berikutan kejatuhan harga komoditi berkenaan.

Pekebun kecil getah terima dana RM130j

Posted: 04 Jun 2014 05:02 PM PDT

Kuala Lumpur: Kawasan pencarian pesawat MH370 yang hilang, akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa juga kepakaran yang ada.

Utusan Online - Jenayah

Posted by Admin

Utusan Online - Jenayah


Cubaan seludup keluar diesel gagal

Posted: 04 Jun 2014 10:56 PM PDT

JOHOR BAHRU 5 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 76,800 liter minyak diesel bersubsidi selepas menahan sebuah kapal tangki dan dua penjaga kapal terbabit di Sungai Pasak, dekat Kota Tinggi, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata penahanan dilakukan pada pukul 1 tengah hari oleh seorang pegawai dan empat anggota pasukan itu yang melakukan Operasi Pensura di kawasan berkenaan.

"Semasa menahan kapal yang didaftarkan dengan nama Ulaanbaatar itu, didapati dua lelaki rakyat China berada di dalamnya yang dipercayai penjaga kapal terbabit.

"Pemeriksaan kemudian menemui kira-kira 76,800 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM153,600 di dalam tangki kapal itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khiu berkata pemeriksaan lanjut mendapati kapal yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta itu beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan dan melanggar syarat-syarat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Kes itu, katanya, kini diserahkan kepada Jabatan Imigresen, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Laut untuk tindakan lanjut.

-BERNAMA

UPP Kedah rampas beras, pulut seludup

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Abdul Latif Abdul Rahman (kanan ) menunjukkan 424 kampit beras dan beras pulut seludup dalam satu serbuan ke atas sebuah stor di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah, Kubang Pasu, Kedah, semalam. - Ihsan The Star

KUBANG PASU 4 Jun - Cubaan satu sindiket menjadikan sebuah pusat pengumpulan susu getah untuk menyorokkan beras dan beras pulut yang diseludup dari negara jiran gagal apabila diserbu Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) negeri semalam.

Serbuan kira-kira pukul 1.30 petang itu dilakukan sembilan anggota diketuai Timbalan Komandan Operasi dan Risikan UPP Bukit Kayu Hitam, Inspektor Kamar Barin.

Komander UPP negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya melakukan intipan di premis itu sejak beberapa hari lalu selepas mendapat maklumat orang awam.

Hasil pemeriksaan, pihak kami menemukan 407 kampit beras dan 17 kampit beras pulut yang setiap satunya seberat 50 kilogram. Nilai keseluruhannya dianggarkan RM42,400.

Seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan penjaga premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan yang disimpan menyebabkan kita mengesyaki kemungkinan ia diseludup ke negara ini," katanya ketika ditemui di Kompleks UPP di Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini.

Menurut Abdul Latif, siasatan lanjut mendapati pusat pengumpulan susu getah itu tidak lagi beroperasi dan pernah diserbu kerana menjadi lokasi penyeludupan benih kerang, kira-kira dua tahun lalu.

Pihak kami percaya, sindiket terbabit telah menggunakan taktik yang sama dan kini menjadikannya sebagai pusat pengumpulan beras seludup bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.

Kesemua beras dan beras pulut ini dari gred yang baik dan dipercayai dibawa masuk secara kecil-kecilan melalui negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," ujarnya.

Tambah beliau, suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Katanya, lelaki terbabit dan hasil rampasan tersebut diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kosmo Online - Infiniti

Posted by Admin

Kosmo Online - Infiniti


Lakar, reka, cipta mesin sendiri

Posted:

Lakar, reka, cipta mesin sendiri

Lakar, reka, cipta mesin sendiri

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@kosmo.com.my

TATKALA melangkah ke kilang 'kecil' yang terletak di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Dengkil, Selangor, kelihatan susuk tubuh lelaki bernama Mujib Ahmad Abd. Rashid, 50, begitu tekun melicinkan permukaan papan propeller yang cukup sinonim dengan pencinta sukan udara. Propeller merupakan sejenis kipas yang berfungsi menghantar kuasa tujahan dengan menukar gerakan putaran pada bahagian enjin untuk terbang.

Beliau yang lengkap memakai gogal, topeng muka dan kasut keselamatan cuba disapa berkali-kali namun tidak disahut kerana tenggelam dengan bunyi mesin perata. Siapa sangka kilang yang menjadi rumah keduanya itu bagi menghasilkan propeller atau bilah kipas berjaya menembusi pasaran luar negara.

Antara pelanggan setianya ialah Majlis Perbandaran Klang, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, universiti tempatan dan orang persendirian. Beliau merupakan Pengarah Perkasa Prima Enterprise.

Cukup membanggakan apabila produk anak desa itu mula mendapat tempahan dari cawangan sekolah penerbangan England di India. Kegigihan lelaki yang mesra disapa Mujib itu cukup mengagumkan sesiapa yang mengenali dirinya.

Tiada rotan, akar pun berguna menjadi prinsip hidup yang dipegang Mujib. Beberapa mesin utama yang terdapat di kilangnya dilakar, direka dan dicipta sendiri menggunakan bahan terbuang.

Minat

Antara mesin tersebut ialah mesin pembelah dan pemotong kayu, pemampat gam, pembuat propeller, alat pengimbang serta ketuhar atau pengering cat alas. Mesin-mesin berkenaan rekaannya sendiri kerana beliau menghadapi kekangan bajet untuk membeli mesin sebenar yang harganya sangat mahal.


ROHAIZI (kanan) menunjukkan lokasi propeller yang dipasang pada bahagian enjin paramotor kepada pasukan pengakap udara pada Festival Belia 2014 di Putrajaya baru-baru ini.


Menurut Mujib, beliau tidak pernah mengikuti kelas formal dalam bidang penerbangan mahupun pembuatan propeller namun semuanya bertitik tolak daripada minat yang mendalam.

"Cabaran utama adalah untuk menghasilkan propeller yang benar-benar seimbang di sayap kanan dan kiri supaya mesin atau enjin pada paramotor atau bot udara tidak bergegar yang seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan.

"Propeller ini diperbuat daripada kayu atas faktor keselamatan. Ini kerana, sifat propeller kayu yang lebih rendah risiko kemalangan membuatkan ia lebih baik digunakan berbanding propeller besi," jelasnya.

Sebagai contoh, propeller kayu mungkin akan patah sekiranya ia menghentam permukaan tanah ketika proses pendaratan. Penggunaan propeller besi pula tidak diamalkan oleh juruterbang paramotor kerana ia lebih bahaya ekoran sifatnya yang tidak mudah dilentur atau kemungkinan besar juruterbang melantun sekiranya propeller terkena objek keras.

Jenis kayu yang digunakan Mujib untuk menghasilkan propeller ialah nyatoh, rengas dan kembang semangkuk. Bekalan kayu tempatan diperoleh daripada beberapa pembekal kayu di sekitar Bangi, Selangor manakala kayu import seperti mahogani dan birch dibeli di Kuala Lumpur.

Seunit propeller menggunakan beberapa lapisan kayu yang berbeza bagi memastikan ia ringan namun pada masa sama cukup kuat untuk memberikan daya tujahan yang sempurna kepada mesin.

Proses awal adalah membelah kayu dengan ukuran seragam dan mencantumkan papan tersebut menggunakan gam kayu sebelum dimampatkan selama beberapa jam.

Lapisan kayu yang telah dimampatkan akan dipotong bagi menghasilkan bilah kipas yang berbentuk aerofoil di bahagian atas dan permukaan rata di bahagian bawah. Selepas bentuk kasar propeller dihasilkan, keseimbangannya diukur menggunakan alat pengimbang.

"Propeller yang seimbang akan berada dalam keadaan melintang dan tidak bergerak langsung. Benda asing walaupun ringan seperti kertas yang diletakkan pada salah satu bilah kipas boleh menganggu keseimbangannya.

"Kebiasaannya, saya buat ujian keseimbangan pada waktu pagi kerana tiada gangguan angin," ujarnya yang telah memiliki 20 jenis templat propeller berlainan saiz dan bentuk.

Selain itu, sudut pada permukaan propeller di sayap kiri dan kanan diseragamkan menggunakan jangka sudut agar ia 100 peratus seimbang. Seterusnya, propeller diratakan menggunakan kertas pasir, disembur cat alas dan dimasukkan ke dalam ketuhar bersuhu sekitar 40 Celsius selama setengah jam untuk mengeringkannya.


MUJIB menunjukkan fungsi propeller yang dipakai pada enjin paramotor.


Diakui

Kualiti buatan Mujib yang setanding produk antarabangsa diakui Timbalan Presiden Paramotor Persekutuan Sukan Udara Malaysia, Rohaizi Md. Hussin yang kini menjadi pelanggan tetapnya.

"Sebelum ini, saya terpaksa import propeller dari luar negara kerana tidak terdapat propeller tempatan. Harga pada ketika itu sekitar RM1,400 hingga RM1,600 seunit.

"Pada tahun 2006, Mujib yang merupakan kenalan lama saya berjaya menghasilkan propeller sendiri yang dijual pada harga jauh lebih rendah. Ia cuma sekitar RM300 hingga RM700 seunit bergantung kepada saiz dan jenis," katanya ketika ditemui di ruang pameran pengakap udara di Festival Belia Putrajaya baru-baru ini.

Setakat ini, Rohaizi sudah memiliki enam propeller buatan Mujib tidak termasuk satu yang diimport dari luar negara. Dia turut memiliki tiga mesin paramotor yang bernilai sekitar RM23,000 setiap satu.

Rohaizi yang mula aktif dalam arena sukan udara pada tahun 1998 memilih paramotor sebagai mod penerbangan yang paling digemarinya. Menurutnya, paramotor tidak begitu popular suatu masa dahulu kerana ia lebih kepada aktiviti rekreasi.

Kini, selepas banyak pendedahan mengenainya di internet dan media, semakin ramai yang berminat untuk mencuba sukan tersebut.

Kos bagi sekali sesi penerbangan ialah RM120 hingga RM150 bagi tempoh 15 minit.

Terap amalan kitar semula

Posted:

Terap amalan kitar semula

Terap amalan kitar semula

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my


TONG kitar semula disediakan bagi kemudahan pengunjug.


KEMPEN kitar semula yang telah dijalankan sekian lama jelas tidak memberi impak yang signifikan kepada penduduk Malaysia. Walau pelbagai kaedah dapat dilihat melalui media massa, keprihatinan dan kepedulian masyarakat tempatan masih kurang memberangsangkan.

Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini mendedahkan kadar kitar semula dalam negara berada pada tahap 10.5 peratus. Angka itu jauh ke belakang berbanding negara-negara maju yang mencatatkan sehingga 70 peratus.

Memburukkan situasi, jumlah pembuangan sampah dalam sehari pada tahun 2012 adalah antara 30,000 hingga 33,000 tan. Sedangkan jumlah tersebut merupakan jangkaan kementerian bagi tahun 2020.

Cuba menarik generasi muda untuk mewujudkan kesedaran mengenai alam sekitar dan kepentingan kitar semula, sekumpulan pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam di Selangor menganjurkan program Junk It! di Shah Alam baru-baru ini.


LAKMAN HAKIM duduk di atas kerusi yang diperbuat daripada botol plastik.


Pengurus Projek, Lakman Hakim Azmi, 23, berkata, program tersebut bertujuan untuk mempromosi dan menjadikan amalan kitar semula sebagai satu gaya hidup terutamanya kepada golongan belia.

"Penerapan dari peringkat awal diharap dapat mewujudkan generasi yang peka terhadap isu-isu alam sekitar dan menjadikan kitar semula sebagai satu amalan positif dalam kehidupan mereka," ujarnya ketika ditemui Kosmo! pada acara tersebut.

Kreativiti

Bagi Muhammad Shaufie Mohd. Yatim, 21, bahan-bahan terbuang boleh menghasilkan satu seni yang kreatif dan boleh menjana pendapatan tinggi.


BARANGAN terpakai boleh diubah kepada perkakasan rumah seperti lampu hiasan (atas) atau seni luar yang mempesona (bawah).


"Bayangkan, bahan terbuang seperti besi buruk boleh dijadikan seni arca yang dijual pada harga yang tinggi," kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM, Shah Alam yang menyertai pertandingan seni kitar semula yang menawarkan hadiah utama bernilai RM1,000.

Turut serta dalam pertandingan tersebut ialah Mohammad Haziq Syawal, 21, yang menghasilkan sebuah lukisan cat di atas kotak terpakai.

"Banyak faedah yang boleh diperoleh menerusi amalan kitar semula. Ia termasuk mencipta barangan hiasan rumah yang diperbuat dari item-item terpakai," kongsinya.

Tidak hanya menganjurkan aktiviti berkaitan kitar semula, pihak penganjur turut mengenakan peraturan yang melarang penggunaan beg plastik oleh peniaga gerai jualan yang menyertai program berkenaan.


BAHAN terbuang seperti tin kosong boleh dijadikan sebuah hasil seni yang boleh dijual pada harga yang tinggi.


"Disebabkan itu, kami menggalakkan pengunjung untuk membawa beg beli-belah mereka sendiri," kata Lakman Hakim.

Mendapat sokongan dari program 1Malaysia For Youth (IM4U), acara kemuncak Junk It! adalah persembahan alat genderang yang menggunakan barangan kitar semula.

Ia dimainkan oleh pelajar-pelajar UiTM Shah Alam dan kumpulan bebas seperti No Noise Percussion yang pernah mengiringi penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Yuna.

Perisian analisis risiko tanah runtuh

Posted:

Perisian analisis risiko tanah runtuh

Perisian analisis risiko tanah runtuh

oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafiz.ahmad@kosmo.com.my


PROF. Dr. Fauziah (tengah) percaya USlopeM mampu memberikan input berguna dalam menyelesaikan masalah di kawasan cerun,


HUJAN lebat dan pembangunan pesat di kawasan cerun bukit menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan risiko tanah runtuh. Malah, bencana yang turut menyebabkan kerosakan teruk harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa itu sering terpampang di media massa.

Antara kejadian tanah runtuh yang menjadi tumpuan adalah di Highland Towers, Hulu Klang, Selangor pada 11 Disember 1993; jalan susur Genting Highlands (30 Jun 1995); Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor (6 Disember 2008) dan perumahan lereng bukit Bandar Ramai-Ramai, Kampung Gelam dan Kampung Sundang Darat di Sandakan, Sabah (29 Januari 2011).

Sehubungan itu, penyelidik dan pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Fauziah Ahmad telah menghasilkan sebuah perisian bagi mengkaji keselamatan sesuatu cerun.

Perisian kestabilan cerun inovatif yang dikenali sebagai USlopeM itu dianggap sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia dapat menganalisis keselamatan dan kestabilan cerun berdasarkan beberapa lapisan tanah.


KEJADIAN tanah runtuh memberi kesan terhadap infrastruktur dan kehidupan kawasan sekeliling.


"Perkara paling penting dalam analisis seperti ini ialah faktor keselamatan berdasarkan permukaan gelinciran," katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

USlopeM digunakan untuk menganalisis keselamatan cerun berdasarkan data rekod kajian tanah daripada aspek geologi dan geomorfologi. Ia juga mampu mempamerkan keputusan kajian dalam masa kurang dua minit bagi 10,000 pengiraan atau percubaan.

Menurut Fauziah, perisian sedia ada yang sering digunakan adalah teknologi daripada Kanada yang diberi nama Slope/W dan Slide yang hanya mengkaji satu lapisan tanah.

Hasil daripada data yang dikaji oleh perisian terbaharu tersebut, jurutera boleh menasihati pihak pemaju sama ada kawasan yang dikaji sesuai atau tidak untuk sebarang pembangunan.

"Data yang diperoleh berdasarkan plot warna yang ditunjukkan menentukan tahap keselamatan sesuatu cerun dan membantu para jurutera untuk menentukan kaedah penyelesaian masalah cerun tersebut," jelasnya.

Perisian yang telah menerima hak cipta dan tanda dagangan itu sudah dipasarkan pada harga RM2,500 seunit. Ini jauh lebih rendah berbanding perisian yang sedia ada yang dijual di antara RM7,000 hingga RM13,000 seunit.

USlopeM telah memenangi pingat emas dan juga Anugerah Khas Vifotec (Pereka Wanita Terbaik) di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2014 di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ini adalah kali keenam saya menerima anugerah khas melalui pelbagai kajian yang telah dijalankan sebelum ini termasuk empat anugerah di Korea dan satu di Vietnam serta Sweden," ujarnya.

Raja Alias

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Segamat

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Kuantan

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

G. Musang

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Trolak

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

J. Bahru

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Terengganu

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Mempaga

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

A. Setar

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Jengka

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Sahabat

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu

Felda

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    4 tahun yang lalu